Apabila sebuah negara menjadi merdeka. Lenyaplah segala cengkaman penjajah durjana. Bebas mengamalkan agama, adat resam dan budaya. Boleh mengikut acuan sendiri dalam membangunkan negara. Malaysia adalah sebuah negara merdeka. Hasil daripada perjuangan orang-orang terdahulu dalam membebaskan Malaysia daripada cengkaman penjajah durjana itu. Pengorbanan darah, harta benda menjadi taruhan demi sebuah kemerdekaan. Namun begitu, adakah generasi masa kini mampu untuk merasakan, menghayati dan menyelami erti perjuangan mereka??? Malaysia akan menyambut ulang tahun kemerdekaannya yang ke-54 pada tanggal 31 ogos 2011 bersama-sama kaum muslimin yang juga akan menyambut hari fitrah , Hari Raya Aidil Fitri. Dalam kemeriahan menyambut dua perayaan serentak, adakah muda- mudi tahu dan sedar akan peri pentingnya peranan mereka kepada negara??? Atau hanya membiarakan Malaysia dijajah lagi dalam bentuk penjajahan moden. Penjajahan minda dan budaya. Penjajahan bentuk baru ini ibarat api di dalam sekam. Membakar berdikit-dikit dalam diam, kemudian hangus semuanya. Keadaan sosial muda-mudi rakyat Malaysia amat membimbangkan. Budaya timur semakin terhakis. Budaya penjajah kembali menjajah. Bahaya ini !!!!